Thursday, March 7, 2013

Tips : Doa ketika bayi dalam kandungan

Pagi ni sampai.sampai opis terus duduk, seperti biasa. Sebelum fb di block selak.selak la sikit fb tengok.tengok apa info menarik yang boleh dishare sama.sama. Terjumpa info pasal ni. Mungkin ramai dah tau, tapi aku tetap nak share dalam entry untuk simpanan supaya esok.esok kalau aku perlu aku tau dimana nak mencarik.

Sebab kejap lagik nak masuk miting JPPLW, so ringkas jek la ye entry ni. Nah aku share untuk reference bersama.




-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



1 comment:

  1. Thanks utk amalan ini :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...