Thursday, March 7, 2013

Tips: Cara mudah nak tidurkan bayi

Kali ni punya nak menyambut cik jr membuatkan aku lebih banyak membuat persediaan mental dan fizikal. Malah untuk menghadiri kelas antenatal pun aku rasa satu keperluan untuk aku. So, aku berharap masih ada lagi peluang untuk slot in diri aku di mana.mana kelas antenatal. Kejap lagi nak try call An-Nur Bangi kot.kot ada ke kan. Menurut imah, putrajaya lebih mengutamakan kepada ibu.ibu yang bakal melahirkan anak pertama sahaja. Abeh, kami.kami ni? hohoho. Kesiannyeee la. So, option lain cuba carik tempat lain yang masih sudi menerima. Kedengaran macam sadis giler. Tapi redoooo jek laa.

Semalam si arip share info ni kat fb. Aku dah bookmark siap.siap supaya aku dapat entry dalam ni supaya masing.masing boleh refer. Kenapa aku rasa benda ni penting, sebabnyaaaaa dulu masa adam little jr aku dah hampir.hampir meroyan kot sebab asal malam jek bukan main dia punya nangis. Kalau siang hari bukan main indah lagi hari.hari dia berlalu. Asal malam tiba, aku la rasa hidup penuh dengan nightmare. Kene pulak waktu tu En.Hubby masih on going study. Terasa macam pecah belah dah hidup aku waktu. Ada takde, hari.hari kalau boleh nak jadi weekend sebabnya nak En.Hubby ada sama.sama tolong handle adam. So kali ni, persiapan mental ke, fizikal ke knowledge ke perlu seiring. So, kalau apa.apa jadi mungkin ada je idea boleh dibuat. Kot laaa. Tapi aku mengharapkan supaya cik jr kali ni tak banyak peel ye dikkk. fuhh! 


So, mungkin tips kali ni berguna untuk bakal.bakal ibu juga ibu yang dah jadi ibu. Aku la tuu. Harap.harap membawa manfaat dan boleh dipraktikkan kelak. Sesungguhnya kita hanya boleh berusaha untuk mencuba, selebihnya serahkan kepada Allah Ta'ala.

===========================
TIPS : Cara Mudah Nak tidurkan Bayi Anda
===========================

1. Tukarkan lampin yang baru/bersih

2. Lap badan dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru/bersih

3. Ambil lotion/minyak angin dan urut dengan lembut dibahagian belakang dan bahagian perut simanja anda.

4. Jika masih tak mahu tidur, cuba urutan lembut dibahagian betis serta tapak kaki dengan minyak angin/lotion.

5. Urutan pada bahagian badan,perut, betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa bayi anda.

Anda tidak perlu mengunakan buaian dengan kerap untuk menidurkan simanja anda. Kerana tidur yang paling baik adalah dengan menidurkan bayi diatas tilam dan dengan keadaan mengereng ke kanan.


Sharing is Caring.



1 comment:

  1. Info berguna..thanx share..my baby ni ssh tdo dr lahir..kadg dr pagi smpi pkl 2 br tdo..skrg mempraktiskan cara bacekan cerite2 sblm tdo..

    www.shelovevitamin.com
    www.shelovestyle.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...